Objektif ini juga dikenali sebagai Debt Consolidation. Ini bermaksud semua hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman lain akan diselesaikan dan disatukan menjadi 1 hutang sahaja. Ini bermakna selepas lakukan refinance, anda hanya perlu membayar satu hutang sahaja iaitu pembiayaan rumah.
Masalah biasa yang dihadapi bagi setiap orang mempunyai beberapa hutang dari beberapa bank. Hutang kad kredit (ada yang lebih dari 1 kad), personal loan, pinjaman koperasi dan macam-macam lagi. Lebih malang seperti hutang kad kredit, kadar interest tinggi dan bayaran minimum tidak menguntungkan diri sendiri. Dan hujung bulan habis duit gaji digunakan membayar hutang yang sampai ke paras hidung.