Syarat Refinance Rumah

Rata-rata anda semua dah tahu apa itu refinance rumah dan dah tahu kenapa nak buat refinance atau pembiayaan semula rumah. Dan masih mencari sedikit maklumat berkenaan syarat-syarat refinance rumah.

Bagi anda yang tak tahu apa itu Refinance Rumah boleh cuba google lagi 😉

Apa Maksud Refinance Rumah?

Banyak maksudnya. Dimudahkan bagi senang nak faham seperti di bawah.

Refinance rumah atau pembiayaan semula rumah ialah menutup loan sediada dan dipindahkan ke bank yang baru. Biasanya orang buat refinance ni mempunyai sebab-sebab tertentu. Antara objektif buat refinance seperti dapatkan wang tunai, tutup hutang-hutang jahat, tambah modal bisnes, buat modal untuk beli rumah, tukar ke perbankan islamik, turunkan interest dan banyak lagi.

Apa objektif untuk anda buat refinance?

Syarat Refinance Rumah

Proses refinance rumah sama sahaja dengan cara permohonan pembiayaan pembelian rumah. Bank akan tengok kemampuan kita dari segi pendapatan dan bayaran balik, CCRIS & CTOS, harga pasaran semasa rumah dan sebagainya.

Di luar sana ramai yang nak buat refinance bagi dapatkan wang tunai atau satukan hutang dengan tutup hutang-hutang jahat, tapi tak cukup syarat dari segi pendapatan dan paling banyak terkantoi kerana rekod bayaran balik yang teruk. Ini disebabkan ada tunggakan bayaran bulanan dan buat bayaran tidak mengikut tempoh yang ditetapkan oleh bank.

Di bawah adalah syarat-syarat asas yang perlu dititikberatkan sekiranya anda nak buat refinance dalam masa terdekat.

1. Pendapatan

Perkara asas yang dilihat oleh bank ialah pendapatan bulanan. Lagi tinggi pendapatan lebih mudah mendapat kepercayaan bank. Pendapatan optimum mesti lebih dari RM 5,000 sebulan.

Bagi yang bekerja tetap tu peluang lebih cerah nak lulus. Bagi ahli perniagaan peratusan kelulusan lebih rendah sedikit dan dokumen yang diminta bank lebih banyak daripada yang bekerja tetap. Pastikan ada membayar cukai pendapatan ya.

2. Komitmen Bulanan Semasa

Komitmen bulanan adalah jumlah bayaran balik bagi setiap pinjaman yang ada. Seperti pinjaman kereta, personal loan, kad kredit, pinjaman koperasi dan sebagainya.

Komitmen ni selalunya ada dalam laporan CCRIS atau terpapar dalam slip gaji.

Ramai yang gagal untuk buat refinance rumah kerana mempunyai komitmen bulanan yang tinggi. Bagi pihak bank komitmen yang tinggi akan menyukarkan pembayaran balik bagi pembiayaan yang akan diberikan.

Salah satu untuk turunkan komitmen bulanan ialah satukan hutang atau debt consolidation. Tapi tak semua banker boleh uruskan kes macam ni. Hanya yang expert je boleh buat.

3. CCRIS & CTOS

Laporan CCRIS antara dokumen utama yang dirujuk oleh bank bagi menentukan info bayaran balik bagi pinjaman semasa dan pinjaman yang masih aktif. Selain itu ada info-info lain yang menjadi ukuran setiap bank.

Jangan terkejut sekiranya jumlah tunggak melebihi 50 bulan. Tapi hutang yang tertunggak hanya RM 2-3 ribu sahaja. Ini bagi kes yang tak bayar hutang PTPTN. Dah pandai pinjam, pandai-pandai membayarnya… tak gitu?

Bagi pastikan anda tiada masalah CCRIS atau CTOS, pastikan bayaran bulanan dibayar tepat pada waktunya.

4. Dokumen

Dokumen adalah bukti yang perlu anda serahkan kepada banker. Ada kes yang mempunyai pendapatan puluhan ribu setiap bulan. Tapi sayang tak de tertulis dalam penyata bank.

Dokumen standard yang diperlukan seperti slip gaji bulanan, penyata kwsp, penyata cukai pendapatan, laporan akaun perniagaan, pendaftaran perniagaan, surat perjanjian jual beli, hak milik @ geran rumah dan sebagainya.

Bagi anda yang dapatkan sediakan dokumen yang diminta oleh bank, lagi cepat banker untuk memproses permohonan anda untuk refinance rumah.

[thrive_text_block color=”orange” headline=”Servis Refinance Tanpa Keluar Duit Poket”] Bagi anda yang berminat nak buat Refinance Rumah, dapatkan info lanjut berkenaan Pakej Refinance Rumah di bawah

[thrive_link color=’orange’ link=’https://refinancerumah.com/pakej/’ target=’_blank’ size=’medium’ align=”]Pakej Refinance Rumah[/thrive_link]

[/thrive_text_block]

Kesimpulan

Syarat Refinance Rumah sama sahaja seperti syarat2 permohonan pembiayaan rumah. Bank akan lihat kemampuan kita dari segi pendapatan dan komitmen bulanan. Bank nak pastikan kita mampu untuk buat bayaran bulanan.

Bagi yang dah berjaya buat refinance tahniah diucapkan.

Tapi di luar sana ramai juga yang gagal sebab tidak memenuhi syarat2 di atas. Bagi yang nak buat refinance tu, pastikan syarat2 di atas dapat dipenuhi.