Refinance Rumah Loan Kerajaan

Tulisan kali ni Tim RefinanceRumah.com akan kongsi bagi cara-cara Refinance Rumah Loan Kerajaan. Bukan apa, sebab ramai bertanya. Jenuh juga nak jawab seoarang demi seorang. Diharapkan lepas ni kakitangan kerajaan boleh rujuk tulisan ni dulu. Yang dah baca boleh pakat-pakat share di facebook masing-masing.

Refinance Rumah Tu Apa?

Apa Sa?

Kalau nak senang faham, refinance ni untuk pindahkan daripada Bank A ke Bank Z. Dalam kes ni asalnya daripada loan kerajaan atau LPPSA dipindahkan kepada bank.

Macam mana?? Faham tak?

Objektif Refinance Rumah

Sebelum pergi lebih lanjut berkenaan refinance rumah, pastikan anda telah mempunyai objektif untuk refinance rumah. Antara objektif refinance rumah yang popular bagi dapatkan wang tunai, tutup hutang-hutang jahat, tukar ke perbankan islam, masukkan atau keluarkan nama pasangan dan macam-macam lagi.

Apa Objektif Anda Untuk Refinance Rumah

Tambah Koleksi Hartanah

Banyak pelabur hartanah menggunakan teknik refinance ini bagi menambah koleksi hartanah mereka. Mereka refinance bagi dapatkan wang tunai, dan seterusnya jadikan modal untuk membeli hartanah seterusnya.

Tutup Hutang Jahat

Ada sebahagian klien yang buat refinance rumah bagi menutup hutang-hutang jahat. Antara hutang jahat seperti hutang kad kredit, personal loan, hutang koperasi dan macam-macam lain. Selalunya hutang-hutang ini mempunyai kadar interest yang tinggi dan membebankan.

Dengan hutang-hutang jahat ini ditutup, maka cash flow akan menjadi positif. Ini bermakna ada lebihan tunai di dalam poket anda. So tak de lar setiap bulan gaji masuk, habis bayar hutang-hutang jahat ni.

Ada juga yang refinance rumah bagi dapatkan modal untuk buat ubahsuai rumah atau besarkan rumah. Ada juga yang nak berhijrah hari loan konvesional ke perbankan Islamik.

Sekiranya anda tidak mempunyai objektif yang kukuh, kami sendiri cadangkan hasrat untuk refinance rumah ditangguhkan.

Refinance Rumah Loan Kerajaan Kepada Bank

Refinance rumah yang kami dimaksudkan adalah refinance dari loan kerajaaan kepada institusi perbankan. Samada Bank Islam, Maybank, RHB, CIMB, Public Bank, MBSB dan lain-lain.

Ya, boleh daripada loan kerajaan kepada bank sahaja.

Yang tak boleh nak refinance daripada loan kerajaan kepada loan kerajaan.

Artikel ni hanya untuk daripada loan kerajaan kepada bank. Bagi panduan refinance rumah dari loan bank ke loan kerajaan atau LPPSA kami akan tuils pada artikel seterusnya.

Kelayakan Refinance Rumah

Memang refinance rumah boleh dapat wang tunai. Tapi prosedur refinance rumah sama seperti permohonan loan baru.

Bank akan lihat pendapatan bulanan dan komitmen bulanan. Ini akan memastikan tahap kemampuan anda bagi membuat bayaran balik loan yang telah diberikan.

Kena pastikan loan-loan sediada tiada yang tertunggak, laporan CCRIS & CTOS cantik. Sekiranya CCRIS tak cantik, anda dinasihatkan selesaikan dulu masalah CCRIS dengan membayar semua tunggakan. Setelah semua tunggakan selesai, anda perlu tunggu 3-6 bulan untuk mulakan proses refinance.

Kos Refinance

Proses refinance ini ada melibatkan kos. Iaitu kos lawyer bagi menguruskan dokumentasi perjanjian pembiayaan bank. Selain itu seperti caj bayaran penyediaan laporan penilaian, duti setem dan sebagainya.

Kalau nak refinance tanpa keluar duit poket boleh layari Refinance Rumah Bagi Dapatkan Wang Tunai.

Persedian Sebelum Refinance Rumah

Sebagai persediaan sebelum refinance, kena pastikan baki loan kerajaan yang tinggal. Baki loan diperlukan bagi anda mengira jumlah tunai yang diperlukan nanti.

Lain-lain persediaan seperti menyediakan dokumen seperti slip gaji, surat pengesahan majikan, penyata bank dan seterusnya. Insyallah pihak bank akan memberikan senarai dokumen yang diperlukan.

Kesimpulan

Dapatkan disimpulkan refinance rumah loan kerajaan boleh dibuat bagi mendapatkan wang tunai. Tetapi hanya untuk refinance daripada loan kerajaan kepada bank. Pastikan syarat-syarat untuk refinance dapat dipenuhi dan pastikan juga tiada tunggakan sekurang-kurang untuk 6 bulan terkini.

Jadi seperti pelabur hartanah yang buat refinance rumah bagi menambah koleksi hartanah. Seterusnya memberi manfaat kepada pemiliknya.

Sekiranya anda berminat buat refinance rumah, sila isi borang online di Kelebihan Refinance Rumah.