Panduan Kalkulator Lebihan Tunai (Cash Out)

Shares

Kalkulator Lebihan Tunai adalah kalkulator refinance rumah bagi mengira jumlah maksima lebihan tunai (cash out) yang akan anda dapat apabila lakukan refinance rumah.

Objektif Refinance Rumah Bagi Dapatkan Wang Tunai

Kalkulator refinance ini sesuai bagi anda yang mempunyai perancangan untuk refinance rumah bagi mendapatkan wang tunai.

Berdasarkan rekod-rekod klien kami yang buat refinance rumah, rata-rata objektif klien kami mendapatkan lebihan tunai ini seperti :

  1. Tambah modal perniagaan.
  2. Pembelian aset atau rumah seterusnya.
  3. Tambah pelaburan semasa.
  4. Ubahsuai rumah.
  5. Selesaikan hutang-hutang yang membebankan atau hutang yang mempunyai kadar interest yang tinggi.

Apa pun terpulang pada anda.

Jangan pula refinance rumah untuk dapatkan lebihan tunai, tapi duit tersebut dibazirkan tanpa tujuan. Rugi

Info Diperlukan Sebelum Guna Kalkulator Lebihan Tunai

Info yang ada perlu sediakan ialah harga pasaran semasa rumah (market value) dan baki hutang bank.

Market value rumah boleh didapati daripada kejiranan. Selalunya ada jiran yang pernah refinance rumah atau jual rumah mereka. Selain itu boleh rujuk portal hartanah seperti iProperty, PropertyGuru, Mudah.my dan lain-lain.

Nak dapatkan market value yang terkini boleh hubungi ejen hartanah di tempat anda atau valuer bank. Cara semak market value terperinci boleh tengok di Cara Dapatkan Harga Pasaran Rumah

Baki pembiayaan atau baki hutang bank pula boleh dapatkan daripada cawangan bank yang uruskan pembiayaan anda. Selalunya bank akan bagi baki hutang atau outstanding balance.

Apabila anda buat refinance, pihak peguam akan dapatkan baki hutang penyelesaian awal atau early outstanding balance. Baki ini selalunya lebih rendah kerana telah ditolak kadar interest.

Cara Guna Kalkulator Lebihan Tunai

  1. Akses terus ke Kalkulator Lebihan Tunai
  2. Masukkan Harga Pasaran Terkini dan Baki Hutang.

Jumlah yang dipaparkan adalah nilai maksima yang anda boleh dapat apabila buat refinance rumah. Tapi bank akan mengira kelayakan maksima anda dengan mengunakan Debt Service Ratio (DSR).

Sekiranya anda berhajat mendapatkan modal tunai yang banyak, maka anda perlu refinance rumah dengan jumlah pembiayaan lebih tinggi. Ini seterusnya meningkatkan bayaran bulanan bank.

Pembiayaan Baru (Selepas Refinance) = Baki Hutang + Lebihan Tunai

Cara Bayaran Bulanan Bagi Refinance Untuk Dapatkan Modal Tunai

Kalkulator di atas telah bantu anda kirakan lebihan tunai yang boleh dibuat apabila refinance rumah nanti.

Bagi mengira bayaran bulanan selepas refinance sila guna Kalkulator Bayaran Bulanan Bagi Lebihan Tunai.

Dengan kalkulator ini, anda boleh mengira sendiri installment selepas dapatkan modal tunai.

Banyak modal tunai yang diambil, maka bertambah bayaran bulanan bank. Oleh itu sesuaikan cash out yang diperlukan dan kemampuan anda. Anda boleh kurangkan Lebihan Tunai Diperlukan di kalkulator bagi dapatkan bayaran bulanan yang optimum. Rujuk contoh di bawah.

Apa pun kami cadangkan ambil lebihan tunai ikut keperluan bagi mencapai objektif asal dan ambil mengikut kemampuan membayar setiap bulan.

Nota : Sekiranya anda ada pertanyaan sila isi di ruang Leave Comment di bawah

Leave a Comment: