Kenapa penting Debt Service Ratio (DSR)? Tak pasti anda semua tahu apa itu DSR dan kenapa perlu tahu.
Debt Service Ratio adalah tahap kemampuan untuk meminjam loan bank
DSR menjadi perkara penting apabila anda berhajat nak membeli rumah. Membeli rumah dengan pembiayaan bank. Semestinya setiap bank melihat kemampuan anda bagi membuat bayaran balik pembiayaan yang diberikan.
Rata-rata ramai yang maklumkan tidak dapat beli rumah kerana komitmen tinggi. Atau tidak dapat pembiayaan maksimum bagi rumah yang dibeli. Sebagai contoh rumah berharga RM500,000 tetapi bank boleh bagi pembiayaan sehingga RM 400,000 sahaja.
Bagi yang nak refinance rumah bagi dapatkan wang tunai atau satu hutang-hutang jahat pun hampa kerana gagal mendapatkan kelulusan bank. Ayat standard banker adalah komitmen tinggi.
Di sini pentingnya DSR.
Komitmen tinggi bermaksud peratusan DSR anda adalah tinggi. Setiap bank mempunyai peratusan DSR masing-masing dan mengikut tahap pendapatan seseorang. Peratusan DSR bank antara 50% – 80%.
DSR ialah tahap kemampuan anda untuk mendapatkan pembiayaan bank bagi membiayai rumah anda. Bagi anda yang merancang nak membeli rumah pertama, dinasihatkan untuk pastikan tahap DSR rendah di antara 20% – 30%.
Selain itu DSR juga menunjukkan tahap keberhutangan berdasarkan pendapatan semasa.
2 elemen penting bagi pengiraan DSR ialah pendapatan dan bayaran bulanan bank (installment), juga dipanggil sebagai komitmen semasa. Komitmen kita membayar semula hutang kepada bank.
Peratusan DSR rendah bermaksud komitmen kurang atau tiada. Contoh komitmen ialah bayaran bulanan pembiayaan rumah, loan kereta, personal loan, kredit kad, PTPTN, pinjaman koperasi dan sebagaianya. Komitmen ini hanya yang keluar dalam laporan CCRIS.
Sekiranya setiap bulan anda ada komitmen untuk membayar installment motor Kawasaki Ninja 750 CC daripada kedai motor dan pinjaman ini tidak masuk CCRIS, maka ini bukan dikira sebagai komitmen.
Senang nak faham, komitmen adalah kemudahan pinjaman daripada bank.
Belanja dapur, sekolah anak, infak ke masjid bukan dipanggil komitmen dalam DSR.
Dalam penggiraan DSR, hanya pendapatan bersih diambil kira. Pendapatan bersih bermaksud, jumlah pendapatan yang diterima ditolak dengan KWSP, Perkeso, potongan LHDN dan zakat.
Selain itu hasil rumah sewa, dividen dan komisen boleh dikira sebagai pendapatan tambahan. Tetapi perlu disertakan dengan bukti. Sebagai contoh hasil rumah sewa perlu dibuktikan dengan surat perjanjiaan sewaan dan penyata bank bagi setiap transaksi terima hasil sewaan. Yang terbaiknya surat perjanjian dimatikan setem di LHDN.
Tak perlu pening-pening nak cari atau hafal formula DSR ni. Di bawah kami kongsikan Kalkulator DSR untuk anda kira sendiri.
Kalkulator DSRDi sini adalah contoh kes Tuan Umar.
Pendapatan Bulanan : RM 6,500
tolak : KWSP, Perkeso, LHDN, Zakat = RM 1,000
PENDAPATAN BERSIH = RM 5,500 => RM 6,500 – RM 1,000
Pembiayaan Rumah : RM 1,350
Pembiayaan Kereta : RM 980
Pembiayaan Peribadi : RM 555
Kredit Kad : RM 666
Lain-lain : RM 300
JUMLAH KOMITMEN BULANAN : RM 3,851
Berdasar pendapatan bersih RM 5,500 dan komitmen bulanan RM 3,851, DSR Tuan Umar adalah 70%.
Di bawah adalah pengiraan dengan Kalkulator Debt Service Ratio (DSR)
Berikut adalah kesimpulan yang boleh bagi DSR Tuan Umar di atas :
Sekiranya anda berminat nak buat Refinance Rumah, sila isi borang online di Kelebihan Refinance Rumah.
Panduan Kalkulator Lebihan Tunai (Cash Out)