Refinance Rumah @ Pembiayaan Semula, Lebihan Tunai & 10 Tahun

Diharapkan tulisan ini dapat memberi panduan kepada anda yang merancang membuat pembiayaan semula @ refinance rumah bagi mendapatkan lebihan tunai.

Rata-rata orang ramai agak keliru dengan maklumat sekeliling apabila Bank Negara mengumumkan polisi terbaru berkaitan lebihan tunai. Info lanjut berkenaan polisi tersebut layari di sini.

Info penting yang perlu anda ketahui, pembiayaan semula masih boleh dibuat seperti biasa. Cuma perbezaannya pada jumlah lebih tunai yang boleh diperolehi.

Fakta Lebihan Tunai

Berikut adalah fakta yang perlu sebelum lakukan pembiayaan semula.

1. Harga Pasaran
Margin pembiayaan bank adalah 90% daripada harga pasaran semasa rumah. Ini adalah jumlah maksimum bagi pembiayaan yang baru. Nak dapatkan harga pasaran terkini layari Tips Dapatkan Harga Pasaran Semasa.

2. Kiraan Bayaran Bulanan
Info yang terkini, kiraan bayaran bulanan adalah sama seperti polisi lebihan tunai diumumkan. Sebagai contoh

Baki Semasa : RM 300,000
Lebihan Tunai Diperlukan : RM 50,000

Maka pembiayaan yang baru adalah RM 350,000 dan bayaran bulanan adalah +- RM 1,700 selama 30 tahun. Kira sendiri jumlah Lebihan Tunai yang anda boleh dapat di

[thrive_link color=’orange’ link=’http://apps.refinancerumah.com/index.php/kalkulator/modaltunai’ target=’_blank’ size=’medium’ align=”]Kalkulator Lebihan Tunai[/thrive_link]

Dengan pelaksanaan ini, maka tiada isu bayaran bulanan akan lebih tinggi

3. Jumlah Lebihan Tunai
Ini adalah elemen utama yang perlu diambil perhatian. Debt Service Ratio (DSR) akan dikira secara berasingan di mana baki pembiayaan akan berdasarkan 30 tahun atau 35 tahun, manakala lebihan tunai akan dikira berdasarkan tempoh 10 tahun. Seperti contoh.

Baki Semasa adalah RM 300,000, maka bayaran bulanan RM 1,450 untuk 30 tahun.
Lebihan Tunai RM 50,000, maka bayaran bulanan RM 510 untuk 10 tahun.

Oleh itu bagi kiraan DSR, pihak bank akan menggunakan RM 1,450 dan RM 510 iaitu RM 1,960 sebagai komitmen baru selepas pembiayaan semula.

Sekiranya DSR lebih daripada 70%, maka lebihan tunai perlu dikurangkan dan sebaliknya. Kira sendiri di

[thrive_link color=’orange’ link=’http://apps.refinancerumah.com/index.php/kalkulator/dsr’ target=’_blank’ size=’medium’ align=”]Kalkulator DSR[/thrive_link]

Link Pantas.

  1. Pembiayaan Semula & Lebihan Tunai.
  2. Prosedur Pembiayaan Semula.