Polisi Pembiayaan Semula Bank Negara Malaysia (BNM)

Shares

Semenjak BNM umumkan polisi baru berkenaan pembiayaan semula hartanah, pihak kami bertalu-talu menerima pertanyaan orang ramai. Ada yang bertanya samada ianya benar atau sekadar khabar angin, bila akan dilaksanakan dan macam-macam lagi.

Sebenarnya isu ni banyak dibincangkan di media sosial seperti facebook. Blogger pun banyak buat entri di blog masing-masing.

Polisi ini adalah arahan terbaru yang dikeluarkan BNM. Beberapa bank telah laksanakan arahan ini seperti Maybank dan CIMB. Ada juga beberapa bank yang belum laksanakan tetapi akan laksanakan dalam masa terdekat. Mungkin peringkat dalaman masih belum bersedia sepenuh.

Diringkaskan ada 2 perkara penting yang disentuh BNM.

  1. Tempoh Maksima 35 Tahun
    Perubahan tempoh maksima pembiayaan bukanlah isu besar. Ini kerana setiap bank telah praktik tempoh pembiayaan antara 30 hingga 35 tahun. Sebelum perubahan ini, tempoh maksimum adalah 45 tahun. Oleh tiada kesan yang besar kepada pembeli dan pelabur hartanah. Tempoh ini hanya untuk baki pembiayaan sahaja
  2. Tempoh 10 Tahun Bagi Setiap Lebih Tunai 
    Perubahan kedua ini mungkin memberi kesan kepada orang ramai. Terutamanya bagi  yang gemar mendapatkan modal tunai hasil pembiayaan semula hartanah. Dengan perubahan ini, orang ramai masih boleh mendapatkan lebihan tunai daripada pembiayaan semula rumah tetapi  bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana BNM menetapkan tempoh maksima bagi lebih tunai adalah 10 tahun sahaja. Dari 30 tahun dipendekkan ke 10 tahun. Perubahan ini amat dirasai bagi yang mendapatkan lebih tunai yang banyak.

Contoh

Sila rujuk contoh di bawah

Baki pembiayaan =  RM 200,000
Pembiayaan Baru = RM 300,000
maka selepas pembiayaan semula, dapat Lebihan Tunai = RM 100,000 (300k – 200k)

Pembiayaan yang baru bagi RM 200k akan mendapat tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun manakala lebihan tunai RM 100k hanya 10 tahun sahaja.

Apa pun arahan baru ini tidak menghalang pembiayaan semula hartanah. BNM cuma ketatkan beberapa peluang bagi mendapatkan lebihan tunai sebab hutang isi rumah yang makin bertambah. Apabila gelanggang berubah maka strategi pun perlu berubah. Oleh itu lebih tunai masih boleh diperolehi cuma ambil sekadarnya berdasarkan keperluan. Sebab kalau ambil tinggi sangat, maka bayaran bulan pun tinggi juga.

Leave a Comment: