Bila Sesuai Nak Buat Refinance Rumah @ Pembiayaan Semula?

Shares

Pertanyaan ini yang kerap kami terima melalui email dan facebook. Mungkin ramai juga akan terfikir nak tanya lepas ni.

Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula?

Tiada jawapan yang satu bagi persoalan di atas. Ia bergantung kepada objektif anda bagi melakukan refinance loan rumah atau pembiayaan semula. Antara objektif refinance rumah seperti mendapatkan lebihan tunai, jimatkan interest, tukar daripada sistem konvensional kepada perbankan Islam, satukan hutang dan macam-macam lagi.

Lebihan Tunai

Bagi anda yang merancang untuk dapatkan duit tunai, waktu yang sesuai untuk buat pembiayaan semula adalah selepas 3 ke 5 tahun. Ini kerana tempoh lock-in period sudah tamat.

Sementara itu harga pasaran pula ada peningkatan dan ini akan memberi ruang kepada kita mendapatkan lebihan tunai. Wang tunai yang akan anda dapat adalah perbezaan harga pasaran semasa dengan baki pembiayaan. Dalam tempoh ini juga baki pembiayaan semasa sudah berkurangan.

Bagi mengira jumlah Lebihan Tunai yang anda boleh perolehi, sila kira sendiri dengan Kalkulator Lebihan Tunai.

Sekiranya ada keperluan mendapatkan wang tunai samada untuk pelaburan, membeli rumah seterusnya, menambah modal perniagaan boleh mencuba cara ini. Info lanjut layari pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Yang menariknya anda boleh refinance tanpa keluarkan duit poket sendiri.

Selesai & Satukan Hutang

Teknik amat sesuai bagi anda yang mempunyai komitmen hutang yang tinggi. Hutang telah mencapai paras hidung. Sebahagian besar gaji yang diterima habis untuk selesaikan bayaran bulanan bank.

Antara hutang yang boleh diselesaikan awal seperti hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang koperasi dan sebagainya. Ini kerana hutang-hutang mempunyai kadar interest yang tinggi dan membebankan.

Anda boleh mengira sendiri tahap hutang pada tahap yang baik atau kritikal dengan Kalkulator Debt Service Ratio (DSR). Sekiranya DSR anda di bawah paras 50%, tahap hutang anda dalam keadaan baik. sekiranya tahap DSR lebih dari 60%, kesihatan hutang berada pada tahap kritikal.

Oleh itu selesai dan satukan hutang ada pilihan terbaik.

Antara kelebihan satukan hutang seperti cash flow bulanan menjadi positif, komitmen bulan menurun, pada hujung bulan hanya perlu membayar kepada 1 bank sahaja dan macam-macam lagi. Info lanjut sila layari Selesai & Satukan Hutang.

Konvensional ke Perbankan Islam

Setiap muslim wajib memilih produk kewangan Islam. Ini kerana sistem riba adalah haram. Oleh itu tiada alasan untuk kekal menggunakan sistem bank konvensional.

Maka anda perlu tukar ke perbankan Islam hari ini juga. Moga Allah SWT permudahkan urusan baik anda.

Ada pun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti tempoh lock-in period. Sebab sekiranya masih dalam tempoh lock-in period pasti ada penalti dikenakan. Kebiasaanya 5% daripada jumlah pinjaman asal.

Selain itu juga, pembiayaan semula ada beberapa kos yang perlu ditanggung antaranya kos guaman, duti setem, laporan penilaian dan sebagainya.

Sekiranya kos-kos ini termasuk penalti boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan yang baru, perkara ini menjadi lebih mudah kerana tidak perlu keluarkan duit poket sendiri.

Sekiranya berminat dapatkan info lanjut berkenaan Saya Suka Perbankan Islam.

Jimat Interest

Rujuk semula surat tawaran bank atau hubungi cawangan bank bagi dapatkan kadar interest semasa. Sekiranya lebih daripada 5%, sebenarnya anda telah membayar kadar interest yang tinggi. Kadar interest semasa adalah 4.2%- 4.8% bergantung kepada jumlah pembiayaan.

Sekiranya anda membeli rumah 5 tahun yang lepas, anda berada dalam kelompok pembayar interest yang tinggi. Jadi lakukan penjimatan sekarang dengan membuat pembiayaan semula. Kelebihan yang akan diperolehi ialah tempoh pembiayaan dapat dikurangkan atau bayaran bulanan lebih rendah.

Sekiranya berminat dapatkan info pembiayaan semula bagi jimatkan kadar interest.

Anda ada pertanyaan, cadangan atau pandangan mengenai tulisan ni, boleh tulis di ruang komen di bawah. Sama-sama kupas untuk kebaikan kita semua.

Leave a Comment: