Refinance Rumah 

 Selesai & Satukan Hutang

Objektif ini juga dikenali sebagai Debt Consolidation. Ini bermaksud semua hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman lain akan diselesaikan dan disatukan menjadi 1 hutang sahaja. Ini bermakna selepas lakukan refinance, anda hanya perlu membayar satu hutang sahaja iaitu pembiayaan rumah.

Masalah biasa yang dihadapi bagi setiap orang mempunyai beberapa hutang dari beberapa bank. Hutang kad kredit (ada yang lebih dari 1 kad), personal loan, pinjaman koperasi dan macam-macam lagi. Lebih malang seperti hutang kad kredit, kadar interest tinggi dan bayaran minimum tidak menguntungkan diri sendiri. Dan hujung bulan habis duit gaji digunakan membayar hutang yang sampai ke paras hidung.

Alternatif bagi masalah ini, anda boleh membuat refinance rumah bagi selesaikan semua hutang. Terutamanya yang mempunyai kadar interest tinggi. Setiap hujung bulan hati lebih tenang kerana menbayar kepada 1 bank sahaja. Ini dapat menjimatkan wang anda dalam tempoh jangkamasa panjang, meningkatkan simpanan dan aliran tunai menjadi lebih baik.

Info Penting

Berikut adalah info yang diperlukan sebagai persediaan refinance rumah untuk selesaikan dan satukan hutang.

Baki Hutang

Dapatkan anggaran baki hutang penyelesaian awal atau early settlement daripada bank. Bagi semua hutang yang hendak diselesaikan.

Harga Pasaran Semasa

Anggaran harga pasaran semasa bagi rumah tersebut. Maksimum refinance 90% daripada harga pasaran semasa

Pendapatan & Kelayakan

Mempunyai pendapatan tetap, komitmen bulanan optimum serta dokumen sokongan yang lengkap. Perunding kami akan membuat kiraan kelayakan refinance.

Teknik Refinance Rumah Bagi Selesaikan & Satukan Hutang

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan Teknik & Panduan refinance rumah bagi Selesaikan & Satukan Hutang, sila dapatkan Akses Pantas di bawah

Kelebihan Selesai & Satukan Hutang

Berikut adalah kelebihan bagi Selesai & Satukan Hutang

Satu Bank Sahaja

Kini ada 1 pembiayaan sahaja iaitu loan rumah. Setiap hujung bulan tak perlu bayar hutang daripada beberapa bank. Hanya berurusan dengan 1 bank sahaja.

Aliran Tunai Meningkat

Komitmen bulanan menjadi rendah disebabkan interest yang lebih rendah dan tempoh pembiayaan yang panjang. Seterusnya tunai dalam tangan bertambah, buat belanja atau tingkatkan simpanan.

Restruktur Hutang Jahat

Tutup hutang-hutang jahat yang mempunyai kadar interest yang tinggi. Restruktur kewangan diri bagi maksima kelayakan pembiayaan bagi menambah aset dan tingkatkan pelaburan.

Kalkulator Debt Service Ratio (DSR)

Kini anda boleh kira sendiri DSR semasa. DSR adalah peratus hutang-hutang semasa. Sekiranya DSR anda atas 60%, satukan hutang adalah solusi terbaik untuk turunkan komitmen bulanan dan tingkatkan cash flow.

Kira DSR anda sekarang !

Pakej Refinance

  • Tiada Servis Caj ( Ya, tiada caj dikenakan)
  • Tidak perlu​​​​​​​​​ kel​​​​u​​​​ar duit poket sendiri
  • Pembiayaan Islamik sahaja.
  • Dikendalikan oleh banker yang berpengalaman dan mahir dalam refinance rumah

Pakej ini hanya untuk rumah di Selangor, Kuala Lumpur dan sekitar Seremban sahaja.

Tiada servis disediakan bagi di luar kawasan di atas. Harap maaf. 

Syarat Refinance

Syarat-syarat refinance sama seperti permohonan loan bagi beli rumah. Mesti ada pendapatan tetap dan komitmen bulanan yang rendah. Berikut adalah syarat utama sekiranya berminat untuk refinance rumah :

  1. Tiada bayaran bulan tertunggak lebih dari 1 bulan.​
  2. Tiada masalah CCRIS  atau CTOS.
  3. Tiada dalam senarai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  4. Gaji kasar lebih daripada RM 5,000 sebulan.
  5. Jumlah pembiayaan semula mesti lebih daripada RM 150,000.
  6. Selain rumah Flat Kos Rendah dan Tanah Pertanian.

Sekiranya anda berminat untuk Refinance Rumah bagi Selesai & Satukan Hutang, sila isi borang di bawah.

Perunding kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat dan kira kelayakan awal. Sekiranya kelayakan awal positif, anda perlu sediakan dokumen sokongan yang akan diberitahu kemudian.

Ada Pertanyaan @ Info Lanjut?

Sekiranya anda pertanyaan atau perlukan info lanjut, sila tanya di ruang comment di bawah.

Leave a Comment:

Dapatkan Teknik Selesai & Satukan Hutang Sekarang tanpa keluar duit poket sendiri. Dapatkan Sekarang !
x