Kira Debt Service Ratio (DSR) – Contoh # 1

Berikut adalah contoh cara mengira Debt Service Ratio (DSR).

#1. Dapatkan Maklumat Pendapatan dan Penolakkan

Bagi mengira DSR anda perlu sediakan maklumat seperti pendapatan dan penolakan (pemotongan). Maklumat ini boleh didapati di slip gaji bulanan.

Di bawah ada pendapatan dan penolakkan bagi En Z.

Pendapatan Kasar
Gaji bulanan, elaun tetap – RM 4,300

Penolakan
KWSP, Perkeso, PCB, Zakat – RM 700

Pinjaman @ Pembiayaan
Pembiayaan Peribadi – RM 300

Pendapatan Bersih
Pendapatan Bersih = RM 4,300 – RM 700 = RM 3,600

[message type=”info”]
Pendapatan Bersih = Pendapatan kasar – Penolakan
[/message]

#2. Cara Kira DSR

  1. Layari Kalkulator DSR di website refinancerumah.com
  2. Isi borang bagi ruangan yang berkaitan.
  3. Klik kira.
Kiraan DSR En Z
Kiraan DSR En Z

#3. Keputusan DSR

Kiraan di atas menunjuk DSR semasa adalah 8.3 %. Ini bermakna En Z boleh memohon pembiayaan kerana DSR kurang daripada 70%.

Bagi anda yang merancang nak buat pembiayaan semula, pastikan DSR semasa dan selepas pembiayaan semula adalah kurang daripada 70%.

Pembiayaan semula boleh dilakukan dengan klik Prosedur Pembiayaan Semula.

Pertanyaan & Info Lanjut, sila komen ruang di bawah.